Apakah Cinta Merupakan Seni? - Erich Fromm
Takwil Mimpi Melahirkan Anak
nama saya anyss.dari malaysia. saya pernah bermimpi. saya mahu tuan memberi pandangan terhadap mimpi yang pernah saya alami.
1. saya bermimpi melahirkan anak sulung ketika berusia 13 tahun. comel. putih melepak. saya bermimpi seakan-akan betul-betul di saat sedang melahirkan anak. saya terlihat seorang lelaki yang seakan-akan ayah kepada bayi tersebut. samar-samar mukanya.
2. ketika berusia 16 atau 17 tahun… saya bermimpi sekali lagi…saya sedang melahirkan anak kedua…bayi lelaki juga.yang sulung juga lelaki sedang berlari-larian mendapatkan ayahnya. bayi kedua sangat kacak. seiras mat salleh. ayah mereka seakan-akan menjauh daripada saya. juga samar wajahnya. seingat saya…lelaki yang sama dengan mimpi pertama saya.
3. mimpi seterusnya berulang…saya sedang mengandung pula anak ketiga. lelaki atau ayah mereka juga sama.. kelihatan anak sulung sudah berusia seperti 4 atau 5 tahun. anak kedua seakan 1 tahun. tapi…mimpi itu tidak berakhir dengan kelahiran…mimpi ketiga ini saya alami ketika berusia 19 tahun…lelaki itu seakan-akan merenung jauh pada saya
tuan…saya takut…kerana saya dapat merasakan lelaki itu sedang memberitahu kepada saya…saya dapat mengingati ketiga-tiga mimpi ini kerana sangat unik bagi saya.ibarat saya sudah dapat merasakan pengalaman bersalin anak.sangat enak….nikmatnya dapat melahirkan anak…tapi…mengapa lelaki itu seperti jauh daripada saya???… sangat misteri… saya ingin ketahui jawapannya… ini adalah mimpi benar saya alami.